Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut sebanyak 10.81 mata kepada 1,600.89 berbanding 1,611.70 semasa ditutup pada Rabu
KUALA LUMPUR, 28 APRIL: Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama rapat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menjelaskan mengenai kerugian kesan daripada insiden akses dan aktiviti dagangan tanpa kebenaran yang berlaku pada 24 April 2025, dikenal pasti dan berjaya dibendung.
KUALA LUMPUR 14 APRIL: Pasaran saham negara diyakini kukuh meskipun berdepan tekanan global susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
KUALA LUMPUR, 20 FEB: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Bursa Malaysia mengakui cadangan untuk memperkenalkan kontrak niaga hadapan baharu bagi minyak masak terpakai, sementara menunggu perundingan dengan industri dan kelulusan kawal selia.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini seiring prestasi pasaran serantau menjelang pengumuman Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Bukan Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini dan tuntutan pengangguran AS Khamis lalu.
KUALA LUMPUR, 21 MEI: Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.
KUALA LUMPUR, 13 JAN: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada urus niaga pagi Jumaat didorong oleh sentimen positif selepas angka Indeks Harga Pengguna (IHP) AS terkini menunjukkan inflasi di Amerika Syarikat terus menurun, sekali gus membayangkan kadar faedah yang lebih rendah pada masa hadapan.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada paras tertinggi tiga bulan dengan indeks utama meningkat sebanyak 4.04 peratus berikutan sentimen pasaran menaik berikutan situasi politik tempatan mereda serta perkembangan luaran yang positif yang mendorong minat risiko pelabur.
KUALA LUMPUR, 10 MEI: Bursa Malaysia memulakan urus niaga minggu yang singkat ini tinggi sedikit dalam persekitaran sentimen pasaran yang bercampur-campur menjelang pengumuman prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara untuk suku pertama 2021 dan cuti umum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Bursa Malaysia meneruskan kerugian yang dicatatkan semalam untuk dibuka lemah pagi ini dengan sentimen pelabur secara keseluruhan kekal berhati-hati menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) lewat hari ini.
KUALA LUMPUR, 5 MEI: Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan yang tidak menentu hari ini berikutan keseluruhan sentimen pelabur kekal berhati-hati berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
KUALA LUMPUR, 4 MEI: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa namun mengalami penurunan selepas itu berikutan kekurangan belian memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang mungkin dilaksanakan telah menjejaskan sentimen pasaran.
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Bursa Malaysia dijangka terus mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan memandangkan pelabur mungkin kekal tidak menyertai pasaran menjelang mesyuarat dasar Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis depan.
KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Bursa Malaysia dibuka tinggi buat seketika pagi ini sebelum menyusut selepas keuntungan awal disekat oleh kegiatan pengambilan untung membabitkan kaunter perladangan dan teknologi di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran serantau.
KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Bursa Malaysia susut sedikit pada awal dagangan Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung secara sederhana membabitkan kaunter produk pengguna terpilih ketika sentimen bercampur-campur menguasai pasaran serantau, kata peniaga.
KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Bursa Malaysia meningkat semula pada Khamis, mencerminkan pemulihan semalaman pasaran Amerika Syarikat (AS).
KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam persekitaran petunjuk yang rendah daripada Wall Street semalaman.
KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa namun mengalami penurunan kemudiannya susulan kebimbangan pasaran mengenai kes positif harian Covid-19 yang masih tinggi apabila mencecah lebih 2,000 kes bagi hari kelima berturut-turut.
KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Dagangan di Bursa Malaysia yang mencatatkan peningkatan selama tiga hari berturut-turut minggu lepas, mempamerkan sentimen menurun pagi ini di tengah-tengah kelemahan harga minyak mentah dan sentimen berhati-hati berikutan peningkatan ketara Covid-19.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.